

Tarikh: 06 Mac 2011/ Ahad
Masa: 10 Pagi - Asar
Tempat: Markaz PAS Kaw Teluk Intan, Kg Padang Tembak
Panel: 1/ Ust Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz
2/ Ust Ridhuan Mohd Nor
3/ Ust Nazri Din
| Harakahdaily |
![]() KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media mem- burukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat. Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik. Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau. Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyi kan sebuah lagu di ceramah PAS. "Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak. "Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily. Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah. Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya. |

JASIN, 3 Mac: PAS menyifatkan Umno BN secara terang-terangan melakukan rasuah politik pada pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dengan menjanjikan pelbagai bantuan kepada pengundi yang memilih mereka.
Oleh: WFAUZDIN NS
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas. Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu. "Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya. Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu. Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran. Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri. Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangan nya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini. Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi. Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. "Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya. Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau. "Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya. |