CERAMAH PERDANA


Tarikh : 21 MAC 2011 / ISNIN (MALAM INI)
Masa : 09.00 Malam
Tempat : Dataran Manggis, Selama Perak (Hadapan SHELL Selama Perak)
Ahli Panel : 1) Mat Sabu
                  2) Y.B. Sivakumar
                  3) Wakil PKR
Muslimin Muslimat dijemput hadir...puak2 UMNO BeEnd juga dijemput hadir !

SILA BERI PENJELASAN WAHAI MUGABE

Dato Ngeh Koo Ham minta penjelasan mainan POLITIK KOTOR si Panglima Pertama (Kehormat) Dato' Seri Haji DATO’ DR. ZAMBRY ABD. KADIR undi pos meningkat mendadak hampir 6000 pengundi di DUN Pangkor. Bahkan 850 pengundi kawasan yang dimenangi PAS di DUN Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin beralih ke DUN Sitiawan dan pertambahan lebih 3500 pengundi baru oleh UMNO di DUN Pasir Panjang. - Sinar Harian, 12 Mac 2011.

Nota gua: Tahun lepas, gua bongkarkan melalui maklumat UMNO dan diSAHkan oleh DS Nizar sendiri yang diterima yakni pertambahan 3500 pengundi baru dan melarikan 850 pengundi lama utk Nizar ke DUN Dato Ngeh. DUN Sitiawan kemenangan Dato' Ngeh, UMNO takleh buat apa-apa sebab majoriti besar dan nak tak nak UMNO nak kalahkan DS Nizar yang mungkin BN meletakkan calon Melayu UMNO (Calon bayangan: Dr. Azizah Ketua Wanita UMNO Lumut) terpaksa mengurangkan majoriti DS Nizar dgn menarik pengundi ke DUN Sitiawan bermaksud Dato' Ngeh akan menang percuma oleh BN utk menang di DUN Pasir Panjang. Begitu juga di tempat-tempat yang UMNO rasa boleh menang kerana BN Perak kurang yakin dengan MCA dan MIC yang kalah semua kerusi di tahun 2008, untuk mendapat majoriti kerusi DUN Perak maka UMNO akan lakukan apa jua. Setakat rampas kerajaan secara ZALIM pun boleh dilakukan dgn Mahkamah dipermain-mainkan, apatahlagi SPR yang menjadi tunggangan UMNO. Hujung tahun lepas, macam-macam messages yang masuk inbox gmail mahupun facebook gua, tak kurang juga yang menelefon (kebiasaan sahabat berbangsa cina). Antara aduannya, 2 contoh yang boleh katakan sama isinya seperti aduan-aduan lain yang gua terima:-

1. Nyonya tel adu namanya dan 2 rakannya tiada lagi dalam DUN Nizar, dia bertanya kenapa boleh jadi mcm ni? dan macamana dia & 2 rakannya mahu masuk balik ke DUN Nizar utk support DS Nizar.
*Jawapan gua: Aiya nyonya, gua bukan SPR, gua macam lu jugak maaaa, rakyat biasa yang juga tertipu oleh SPR cap UMNO mengundi, kita bukan lawan itu BN sahaje, kita kena lawan itu SPR cap UMNO maaaaa (nyonya setuju lalu ketawa...hehe). Kalau nyonya mahu undi di DUN Nizar kembali, nyonya kena buang masa dan duit, ini gua rujuk Brader Mat Saman Kati dari UREKA, katanya nyonya kena tukar alamat ikut kawasan DUN Nizar di kad pengenalan, maksudnya nyonya kena buat IC baru maaaa, duit kasi keluar skit maaa sama kerajaan. Lepas tu, kemaskinikan alamat di SPR cap UMNO untuk dimasukkan ke DUN yang berkenaan, masa diperlukan untuk buat semua ini. RAKYAT DISUSAHKAN, KEMENANGAN DIUTAMAKAN.

2. Seorang Pengundi di DUN Nizar message inbox facebookmengadu dihadiri beberapa wanita yang mengaku SPR ke rumah-rumah perumahannya untuk dapatkan maklumat IC bagi mengemaskini maklumat SPR katanya, maka bagilah si pengadu ICnya spt dikehendaki pelakon SPR itu. Jadi dia bertanya samada benarkah SPR kini datang ke rumah-rumah untuk kemaskini pengundi sekitar Manjung?
*Jawapan gua sama seperti nyonya tadi, gua bukan SPR tapi lawan kita adalah SPR juga cap UMNO. UMNO akan lakukan apajua untuk capai kemenangan secara tidak demokrasi yang sebenarnya, dari kelekaan pengadu yg memberi maklumat ICnya itu, gua syorkan dia selalu 'update' maklumat kawasan undi di website SPR utk memastikan kawasan undinya tidak diubah sesukahati oleh SPR cap UMNO. Jika berlaku, dan mahukan undi semula di DUN asalnya kena buat seperti yang Brader Mata Saman Kati suruh bertindak kepada nyonya sebelum ini. Manakala ia berlalu, gua keluarkan gambar-gambar sekitar aktiviti DS Nizar yang dihadiri Wanita Puteri UMNO Lumut (Gambar Keretanya: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1273635016958&set=a.1273410931356.31935.1712422991 dan Gambar Orangnya: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1307226216717&set=a.1307214816432.34567.1712422991), maka pengadu terperasan kereta dan orangnya adalah SAH yang datang ke rumahnya mengambil maklumat lalu memberitahu kepada gua, sah-sah dia kena kencing dengan UMNO.

Ingat, Najib PM 1malaysia merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi BN pernah berkata kepada Melayu-Melayu UMNO,"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!.

Maka gua katakan, benar! berkecai tulang & badan dek C4 si Altantuya dan bercerai jasad dari nyawa Teoh Beng Hock. Dan gua berkata, sehebat PM Tunisia & Mesir, jatuh juga dek penangan kebangkitan rakyatnya jua. Bob Lokman pernah berkata,"Orang yang bernama Najib, sila bertaubat! Ajak Rosmah sekali".