Pakat-pakat kita hadir

Malam Kesenian Islam Bersama Selebriti Bob Lokman dan Radzi Melissa pada 4 Mac 2011(Jumaat) Jam 9.00 Malam di Dataran Surau MADAH, Fasa 1A Seri Manjung. Semua dijemput Hadir.

Sama-sama kita panjangkan INFAQ untuk Jalan Allah


PAS DUN BATU KURAU MERAYU SUMBANGAN DARI TUAN2 PUAN2 UTK PEMBINAAN MARKAZ PAS BATU KURAU YANG AKAN DI KENALI DGN BALAI RAKYAT, SUMBANGAN ANDA JUGA AKN DIGUNAKAN UTK MEMBELI KELENGKAPAN BILIK GERAKAN MTD BATU KURAU, SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI.
UTK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :
MOHD AKMAL KAMARUDIN
PENGARAH MTD BATU KURAU
0195452471


FATWA WAJIB BUNUH GADDAFI

بسم الله الرحمن الرحيم


Terkini!! : Dr Yusuf Al-Qaradawi keluar fatwa wajibkan bunuh 
Gaddafi!



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera 
Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh 
dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan 
daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan 
serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom 
mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya 
sekarang.
Syeikh al-Qaradawi berkata:

وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن
 يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه".
 وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد

Maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barang
siapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana 
individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka jangan
lah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk 
menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki 
yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai 
dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang 
maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!" 

Note: Mungkin di Malaysia ada yang sedang menanti fatwa yang sama !!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa 
pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa 
yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) 
tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, 
dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai 
datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i 
dan Hakim.















Muammar Gadhafi, PM Libya



Majlis Pengisytiharan Calon

Tarikh: 24 Februari 2011. Masa: 9 Malam. Tempat: Tapak Kompleks PAS Pahang. Diisytiharkan oleh: YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS. Menteri Besar Kelantan. Pesuruhjaya PAS Kelantan. ADUN Cempaka.

Syed Ibrahim calon BN PRK Kerdau

TEMERLOH:, 22 Feb:  Calon PAS akan berhadapan dengan 
Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed 
Ahmad, 44 tahun, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan 
Undangan Negeri (Dun) Kerdau pada 6 Mac ini.
Pemilihan anak Kuala Tekal, Kuala Krau yang berkelulusan 
dari Universiti Al-Azhar itu diumumkan oleh Timbalan Perdana 
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit,
Kerdau, petang tadi.
Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata Umno 
meletakkan Syed Ibrahim kerana percaya beliau mampu 
mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pilihan 
raya umum (PRU) 2008 yang lalu.
Pengumuman itu sekaligus menjawab teka-teki calon dipihak 
Umno yang bakal bertanding dalam PRK Kerdau ekoran 
sebelum ini beberapa nama dikatakan berminat untuk mengisi 
tempat tersebut.
Selain Syed Ibrahim, antara yang disebut - sebut mengintai 
peluang di situ bagi mewakili Umno ialah Rodzuan Zaaba 
(Ketua Pemuda UMNO Bahagian), Norahan Abu Bakar 
(Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian), Abdul Razak 
Ahmad (Setiausaha UMNO Bahagian), Mohd Arhan Salahuddin 
(Pembantu Tan Sri Muhyiddin Yassin), Datuk Redzwan Harun 
(bekas Adun Kerdau 2000 – 2008) dan Norhasmimi Abdul
Ghani (Ketua Puteri Kuala Krau).
Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya
Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu.

Pada PRU lalu Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin 
Salim, dengan majoriti 1,615 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh
penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.
Sementara itu di pihak PAS, calon yang bertanding akan 
diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
pada 24 Februari ini di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.
PAS Pahang dikatakan telah menghantar tiga nama kepada PAS 
Pusat untuk dipilih mewakili parti dalam PRK tersebut.
 

Makluman

Untuk video/ audio Himpunan Pemuda,  tuan boleh klik di ruangan sebelah kiri bahagian bawah blog ini...terima kasih