Dulu puja Bob Lokman, kini cuba hina pula

Harakahdaily   
Mohd Hakim bin Lokman
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan 
tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media mem-
burukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang 
berkempen untuk Pakatan Rakyat.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd 
Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati 
pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai 
mana-mana parti politik.
Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam
yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah 
di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.
Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius 
dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan 
menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyi
kan sebuah lagu di ceramah PAS.
"Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, 
kita tengok mereka cuba hina pulak.
"Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah 
kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada 
kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh 
ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily.
Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika 
perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran 
Dewan Pemuda PAS di Kedah.
Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian 
PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz 
Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.
Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar 
secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah 
dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin 
ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat 
pada masa akan datang," katanya.

No comments: