Petrol RON 97 naik 20 sen lagi


Bermula tengah malam semalam (01 April 2011), petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. 

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.
Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.
NONE

GEMPAR - WAN AZIZAH DIJANGKITI HIV

بسم الله الرحمن الرحيم

Tohmahan baru, Wan Azizah dijangkiti HIV!

Menyedari kisah liwat Anwar Ibrahim sudah menemui jalan buntu, kini blogger gerombolan songkok tinggi sudah mula berubah angin untuk menyerang Anwar Ibrahim dengan skandal seks baru. Mereka mahu rakyat percaya pula bahawa Anwar Ibrahim suka melanggan pelacur di luar negara.

Isu liwat dengan skrip yang serba tak kena, seperti membicarakan perempuan yang masih dara tetapi mengaku dirogol, juga kebarangkalian DNA dimanipulasikan rujuk link ini [Manipulasi DNA].

Kini mereka menuduh pula isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah mungkin dijangkiti HIV, kerana Anwar kerap melanggan pelacur di luar negara. Sengaja ReJaM tidak memberikan link blogger tersebut kerana tidak mahu mempromosikan blognya. Namun dibawah ini diberikan screenshot yang dipetik dari blognya.

Kita bukan buta untuk memuja Anwar Ibrahim membabi buta, kita tidak bodoh untuk mempertahankan Anwar Ibrahim tak tentu pasal. Sekiranya Anwar Ibrahim melalui perbicaraan yang adil dan didapati bersalah, kita akan paksa beliau meletak jawatan, sekaligus menolak pemimpin yang rendah moralnya.

Namun persoalannya di sini, tiada bukti yang benar-benar kukuh untuk menghukum beliau sebagai bersalah. Sebaliknya fakta-fakta yang pincang dan serangan persepsi serta fitnah yang melampau-lampau yang disuapkan kepada rakyat setiap hari. Sebelum ini kita disuap dengan isu liwat Anwar, mereka bersungguh-sungguh mahu kita percaya Anwar seorang penagih dubur, pantang lihat lelaki jambu. Kini kita disuruh mengubah persepsi bahawa Anwar kaki pelacur pula.

Selepas ini jika serangan terbaru ini tidak berhasil, mungkin kita akan disajikan dengan skandal seks baru Anwar dengan mayat, binatang, dan tumbuh-tumbuhan pula. Lihatlah dengan ceritera dongeng Wan Azizah mungkin dijangkiti HIV pula, tapi masih hidup melebihi jangka masa 12 tahun (Anggaran umur paling lama pesakit AIDS).

Kalau sebelum ini mereka menggesa Anwar menyerahkan DNA, selepas ini mereka mungkin akan menyuruh Anwar dan isteri menjalani ujian HIV pula, dan memaksa Anwar melayan permintaan bangang tersebut untuk membuktikan kebenaran. - Milo suam