Tuan-tuan boleh tonton secara live ceramah perdana yg berlansung di Dataran Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah di http://webtv.pas.org.my/v2/

Ketika Ini

19 Feb 2011 Jam 09.25pm:

Ketika ini di Dataran Kompleks PAS Kota Sarang Semut hujan sedang renyai2..siang tadi terciptanya sejarah apabila  lebih dari 30k pemuda seluruh negeri berhimpun. Insyallah malam ini ceramah perdana akan bermula bila2 masa saja lagi. Kemungkinan malam ini Dataran Kompleks akan dibanjiri dengan lautan manusia lebih dari 50k insyallah...TAKBIR

Bob Lokman isytihar Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda

 By: DRS. KHALIL IDHAM LIM 

16 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"..



HUJAH `GAMPANG' DARI MAHATHIR YANG DIMAMAH USIA




Oleh: WFAUZDIN NS
BERKATALAH Mahathir bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.
“Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas (Akhbar Sinar).

Inilah hujah Mahathir sejak dulu, kini dan mungkin selamanya hingga apabila beliau berdepan dengan Malaikat Maut nanti. Hujah `gampang' ini tidak perlu dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz, memadai saya yang jahil ini ingin menjawabnya walaupun saya tidak mempunyai hidung besar yang menipu dan membelit.

Memang tepat bahawa Tuan Guru Nik Aziz berjuang untuk memenangi Pilihanraya kerana dengan memenangi Pilihanraya saja maka PAS akan memiliki kuasa untuk melaksanakan hukum Islam. Apakah Mahathir sangka PAS akan memilih jalan lain selain dari jalan Pilihanraya untuk berkuasa? Mungkin Mahathir teringin melihat PAS mengunakan jalan `revolusi' untuk memerintah negara? Jika itu sangkaan Mahathir, beliau sudah terlalu tua sebenarnya.

Tuan Guru Nik Aziz berjuang bukan untuk Islam? Jika bukan untuk Islam, maka untuk apa? Pernahkah kita mendengar Tuan Guru Nik Aziz memekik melolong menyebut `hidup Melayu' seperti yang lazim kita dengar di PWTC itu? Di mana pun Tuan Guru Nik Aziz berucap, beliau tidak pernah melupakan Al-Quran sebagai intipati ucapannya. Bahkan, di depan masyarakat Non Muslim pun Tuan Guru mempromosi ajaran Islam ini sehinggalah DAP semakin faham tentang Islam berbanding dengan pemimpin Umno, MCA, Gerakan dan MIC.

Difitnah oleh Mahathir bahawa Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkafirkan orang Islam Umno. Secara terbuka itu bila dan di mana? Jika benar, mengapa setiap kali orang Umno masuk PAS, Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah mengarahkan agar mereka di`syahadah'kan kembali? Jika Tuan Guru Nik Aziz menyebut bahawa orang Umno itu masih Jahiliyyah, ada lojik dan betulnya. Mendokong parti sekular dan tidak mahu memahami perjuangan Islam itu tidak Jahiliyyahkah? Jika bukan Jahiliyyah, mungkin bodoh perkataan yang lebih sedap untuk didengar.

PAS hanya menyebut apa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith tentang batas-batas Kufur seperti yang terkandung juga di dalam Kitab Mustika Hadith yang dikeluarkan oleh JPM sewaktu zaman Mahathir. Masakan Mahathir tidak membaca kitab yang diterbitkan dari pejabatnya sendiri. Disebut di dalamnya bagaimana seseorang itu boleh menjadi Kafir dengan beberapa sebab termasuk menghina hukum Islam termasuk hukum Hudud. Mereka yang menyebut bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di zaman ini, atau hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur dan sebagainya boleh menjadi Kafir. Mereka yang menghina Sunnah Nabi seperti beserban, berjangut kerana tiada pisau cukur juga boleh menjadi Kafir. Jika Mahathir terasa atau ada pemimpin Umno yang terasa, itu bukan salah PAS. Bukan PAS yang menjatuhkan hukum Kafir itu.

Tuan Guru Nik Aziz ada membuat kiasan bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi untuk memperjuangkan Islam hatta dengan Syaitan sekalipun. Persoalannya, adakah boleh diterima akal Syaitan akan membantu untuk perjuangan Islam? Jawapannya sudah pasti mustahil. Ini membawa maksud, betapa kuatnya cita-cita PAS untuk memperjuangkan Islam dan boleh menerima sesiapa sahaja sebagai kawan untuk menegakkan ugama yang maha suci ini. Kalau Syaitan pun PAS kata boleh terima, masakan Umno yang bukan Syaitan PAS akan tolak. Masalahnya, Umno tidak mahu bekerjasama dengan PAS untuk perjuangan Islam bahkan Umno banyak menghalang cita-cita PAS dengan berbagai cara.

PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini tidak pernah menghalang PAS dari berjuang untuk Islam. Mana mungkin PAS boleh paksa pemimpin DAP yang bukan Islam untuk terima Hukum Hudud kerana kewajipan untuk menegakkan hukum Islam terletak di tangan umat Islam sahaja. Sama juga seperti puasa, bolehkah PAS memaksa Karpal Singh atau Lim Kit Siang berpuasa? Peliknya, mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam tidak juga mahu kepada hukum Islam? Mengapa Mahathir mesti cabar PAS agar menentukan DAP terima Islam? Bukankah pelik? Mengapa Mahathir tidak mahu terima hukum Islam tetapi sebaliknya mahu agar DAP terima Islam?

Mahathir kata PAS ingin tegakkan Negara Islam ala - PAS. Cuba sebutkan apakah ciri-ciri Negara Islam ala-PAS itu jika Mahathir tahu. Jika ini lah pemikiran kepala otak Mahathir, tidak mustahil satu hari nanti Mahathir akan sebut ini sembahyang ala-Umno, ini sembahyang ala-PAS. Di dalam perkara ini, Umno pernah cuba untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu `Takfir'. Umno melakukan `warming up' terlebih dahulu dengan mengadakan debat olok-olok kununnya di antara PAS dan Umno. Akhirnya, Allah maha kuasa, dan Al-Quran adalah mukjizat yang Umno tidak boleh perdayakan. Di dalam debat olok-olok tersebut, pihak yang kununnya mewakili Umno tidak mampu membalas hujah pihak yang kununnya mewakili PAS. Debat olok-olok tersebut boleh diikuti melalui youtube.

Akhirnya, Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS kerana mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh PAS setelah mereka adakan debat olok-olok tersebut. Hakikatnya Umno tahu PAS sejak dahulu konsisten di dalam perjuangannya. Sebab itulah berbagai cara telah Umno lakukan untuk memecahbelahkan kesatuan di dalam PR. Paling menyakitkan hati Mahathir adalah apabila semakin ramai di kalangan Non Muslim yang berani menghampiri PAS bahkan DAP sendiri sanggup membela PAS.

Lebih pedih hati lagi Mahathir apabila Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa beliau sanggup terkorban untuk mempertahankan Islam yang terdapat di dalam Perlembagaan. Karpal Singh juga bersedia untuk berdialog dan berbincang dengan PAS berkaitan penubuhan negara Islam dan juga tentang hukum hudud. Nampaknya DAP lebih awal ingin belajar tentang Islam daripada Umno. /wfauzdin.blogspot.com

Mohle kita ke sana


Time
Saturday, February 19 · 8:00 a.m

LocationKOMPLEKS PAS KEDAH, KOTA SARANG SEMUT, ALOR SETAR

Created By

InfoPROGRAM BERSAMA TG NIK AZIZ NIK MAT, TG HJ ABDUL HADI
AWANG,SEMUA NAIB PRESIDEN KETUA DAN EXCO DPPP DAN
SEMUA EXCO DPPN DAN PEMUDA PAS SELURUH MALAYSIA