FATWA WAJIB BUNUH GADDAFI

بسم الله الرحمن الرحيم


Terkini!! : Dr Yusuf Al-Qaradawi keluar fatwa wajibkan bunuh 
Gaddafi!



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera 
Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh 
dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan 
daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan 
serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom 
mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya 
sekarang.
Syeikh al-Qaradawi berkata:

وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن
 يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه".
 وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد

Maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barang
siapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana 
individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka jangan
lah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk 
menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki 
yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai 
dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang 
maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!" 

Note: Mungkin di Malaysia ada yang sedang menanti fatwa yang sama !!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa 
pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa 
yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) 
tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, 
dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai 
datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i 
dan Hakim.















Muammar Gadhafi, PM Libya



No comments: