ADUN SELINSING KEMALANGAN











Bagan Serai-14 Januari 2011, sebentar tadi sekitar jam 4.30 petang YB Haji Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan Telok Medan, Bagan Serai berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bkar Al-Baqir.Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana YB tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kereta yang dipandu beliau mengalami kerosakan.
Gambar-gambar di lokasi kemalangan melibatkan YB Hj Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing.Keadaan kereta YB kelihatan remuk teruk di bahagian depan akibat melanggar pokok selepas hilang kawalan.Ketika catatan blog ini dibuat, YB berada di Balai Polis Trafik Bagan Serai untuk membuat laporan dan seterusnya beliau akan mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik bagi memastikan beliau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan akibat kemalangan yang dialami.Sama-sama kita memanjatkan doa agar YB tidak mengalami sebarang masalah kesihatan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di DUN Selinsing. Menemani beliau ketika ini untuk membuat laporan dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan ialah pegawai khas beliau Encik Mohamad Padli Aziz.

No comments: